PERATURAN PERTANDINGAN


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG

1.         GELARAN

            Pertandingan dikenali sebagai Pertandingan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Peringkat Zon / Negeri.

2.         JENIS PERTANDINGAN

            Pertandingan Antara Pasukan      ( 12, 15 dan 18 Tahun Ke Bawah )
            Pertandingan Antara Regu          ( 12, 15 dan 18 Tahun Ke Bawah )

2.1              Pertandingan Antara Pasukan :

2.1.1        Sesebuah sekolah/zon boleh menghantar SATU ( 1 ) pasukan sahaja.

2.1.2        Satu pasukan mengandungi DUA BELAS ( 12 ) orang pemain iaitu TIGA ( 3 ) regu atau SEMBILAN ( 9 ) orang pemain dan SATU ( 1 ) regu atau TIGA ( 3 ) orang pemain simpanan.

2.1.3        Seorang pemain hanya boleh mewakili SATU ( 1 ) regu sahaja.

2.1.4        Pertandingan diperingkat zon hanya boleh dijalankan jika terdapat sekurang-kurangnya TIGA ( 3 ) buah sekolah yang akan mengambil bahagian. Jika kurang dari bilangan tersebut, maka jawatankuasa pengelola zon akan mengadakan pertandingan persahabatan sahaja antara sekolah tersebut untuk memilih SATU ( 1 ) pasukan yang akan mewakili zon ke peringkat negeri.

2.1.5        Setelah selesai semua pertandingan peringkat zon, SATU ( 1 ) pasukan zon akan dibentuk dan dipilih oleh jawatankuasa pemilihan zon masing-masing untuk pertandingan peringkat negeri.

2.1.6        Tiap-tiap pasukan zon hendaklah mengemukakan pendaftaran baru kepada pengelola peringkat negeri sebelum bermulanya pertandingan tersebut.

2.1.7        Semua urusan untuk mendapatkan kebenaran pemain dari sekolah lain urusan Setiausaha Zon dan AJK pemilihan zon masing-masing serta sekolah yang menjadi johan zon.

  
2.2              Pertandingan Antara Regu :

2.2.1        Setiap sekolah boleh menghantar sekurang-kurangnya SATU ( 1 ) tetapi tidak boleh melebihi DUA ( 2 ) regu bagi peringkat zon. Pertandingan peringkat negeri pula tidak lebih dari SATU ( 1 ) regu bagi setiap-tiap zon.

2.2.2        Seseorang pemain hanya boleh mewakili SATU ( 1 ) regu sahaja.
( Pemain yang mewakili pasukan dibenarkan bermain untuk regu )

2.2.3        SATU ( 1 ) regu mengandungi TIGA ( 3 ) orang pemain dan DUA ( 2 ) orang pemain simpanan.

2.2.4        Pertandingan peringkat zon akan dijalankan jika terdapat sekurang-kurangnya TIGA ( 3 ) buah  sekolah yang akan mengambil bahagian. Jika bilangan tersebut kurang, maka jawatankuasa pengelola akan mengadakan pertandingan persahabatan bagi memilih SATU ( 1 ) regu untuk mewakili zon ke peringkat negeri.

3.         PENGURUSAN

3.1              Pertandingan Peringkat Negeri akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Teknik Pembangunan Sepak Takraw MSSPP.

3.2              Pertandingan Peringkat Zon akan dikelolakan oleh sekolah yang telah dipilih oleh zon masing-masing bersama Penyelaras Teknik Zon.

4.         SISTEM PERTANDINGAN

4.1              Peringkat Zon
( Ditentukan oleh AJK Pengelola Pertandingan bagi memutuskannya )

4.2              Peringkat Negeri ( Pasukan )

4.2.1        Pertandingan akan mengandungi TIGA ( 3 ) regu perlawanan iaitu regu A,B dan C yang akan dijalankan menurut senarai regu atau barisan pemain yang telah diserahkan oleh pengurus pasukan kepada pengadil rasmi 30 minit sebelum sesuatu pertandingan dijalankan.

4.2.2        Johan dan Naib Johan bagi tahun sebelumnya tidak akan berada dalam satu kumpulan yang sama.

4.2.3        Pertandingan akan dijalankan secara liga DUA ( 2 ) / TIGA ( 3 ) kumpulan.

4.2.4        Bagi pertandingan secara liga DUA ( 2 ) kumpulan ;

a)      Peringkat awal dijalankan secara liga satu pusingan dalam DUA ( 2 ) kumpulan ( A dan B ).
b)      Pemenang pertama dan pemenang kedua dalam tiap-tiap kumpulan akan  
bertanding dalam pertandingan separuh akhir secara lintang dan kalah keluar (knockout).
c)      Kedua-dua pemenang akan bertemu diperingkat akhir dan kedua-dua pasukan yang kalah akan dikira mendapat tempat ke TIGA ( 3 ).

4.2.5        Bagi pertandingan secara liga TIGA ( 3 ) kumpulan ;

a)      Peringkat awal dijalankan secara liga satu pusingan dalam TIGA ( 3 )
kumpulan ( A, B dan C ).
b)      Pemenang pertama dan kedua dalam setiap kumpulan layak memasuki pusingan kedua.
c)      Pusingan kedua akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan X dan Y. Kedudukan dalam Kumpulan X dan Y akan ditentukan secara undian.
d)     Pertandingan Separuh akhir akan dijalankan antara Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y dan Johan Kumpulan Y melawan Naib Johan Kumpulan X.
e)      Pertandingan akhir akan dijalankan antara pemenang kedua-dua pemenang separuh akhir. Pasukan yang kalah di separuh akhir akan diisytihar sebagai pemenang tempat ketiga bersama.

4.3              Sistem Mata

4.3.1        Mana-mana pasukan yang menang hasil TIGA ( 3 ) regu perlawanan akan mendapat DUA ( 2 ) mata, manakala yang kalah sama ada 1 – 2 atau 0 – 3 tidak mendapat apa-apa mata.

4.3.2        Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata diperolehi adalah sama oleh kedua-dua pasukan atau lebih, maka pemenang akan ditentukan oleh kaedah berikut :

A.                Kiraan perbezaan regu daripada regu menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
B.                 Jika masih seri, pasukan yang memenangi regu terbanyak dikira menang.
C.                 Kiraan perbezaan pusingan ( set ) dari jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
D.                Jika masih seri, pasukan yang pernah menewaskan lawannya dikira menang.

5.         PERATURAN AM

5.1              Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan akan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan ISTAF / ASTAF / PSM / MSSM dan MSSPP yang berkuatkuasa pada ketika ini adalah sah dipergunakan.

5.2              Kejadian luar jangkaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

5.2.1        Semua kejadian akan diputuskan oleh pihak pengelola, Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan, Penyelaras Teknik Zon berkenaan dan Ketua Unit Sukan  ( jika perlu ).
5.2.2        Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknik.

5.3              Sebarang keputusan yang diputuskan adalah muktamad dan tidak boleh dibawa ke mana-mana MAHKAMAH


6.         BOLA

6.1              Bagi semua jenis pertandingan peringkat umur 12 tahun ke bawah, bola yang digunakan adalah jenis sintetik, lilitannya antara 0.36 m hingga 0.39 m, yang mengandungi 8 hingga 11 urat dan mempunyai 12 lubang serta beratnya 110 gram hingga 120 gram, sah dipergunakan.

6.2              Bagi semua jenis pertandingan peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah, bola yang digunakan adalah jenis sintetik yang mempunyai 12 lubang. Lilitannya tidak kurang dari 0.41 m hingga 0.44 m dan beratnya antara 170 gram hingga 180 gram sah dipergunakan.

6.3              Semua jenis bola yang akan digunakan bagi peringkat negeri : -
12 tahun ke bawah                - GAJAH EMAS  ( 311 )
15 dan 18 tahun ke bawah    - GAJAH EMAS ( 511 )


7.         TIANG / JARING

7.1              Tinggi jaring di tiang bagi 12 tahun ke bawah ialah 1.44 m ( 4' 8" ), tinggi jaring di tengah ialah 1.40 m ( 4' 7" ).

7.2              Tinggi jaring di tiang bagi 15 dan 18 tahun ke bawah ialah 1.55 m ( 5' 1" ), tinggi jaring di tengah ialah 1.50 m ( 5' 0" ).


8.         PENYERTAAN / PENDAFTARAN

8.1              Setiap sekolah / zon yang mengambil bahagian di dalam pertandingan pasukan dan regu diwajibkan mendaftar nama-nama pemain masing-masing.

8.2              Umur dikira pada tarikh SATU ( 1 ) Januari tahun berkenaan. Semua pemain tidak dibenarkan bermain melebihi dari peringkat umurnya bagi kategori pertandingan yang ada peringkat umur sendiri.

8.3              Hanya pemain yang didaftarkan sahaja yang diakui sah dan layak menyertai kejohanan ini.

8.4              Pertukaran pemain yang telah didaftarkan hendaklah dibuat sebelum bermulanya pertandingan yang pertama dengan mengisi borang pendaftaran yang baru.

8.5              Setiap sekolah dan zon yang mengambil bahagian MESTILAH ADA PENGURUS PASUKAN yang terdiri dari kalangan GURU. Pengurus mestilah berada disepanjang pertandingan / perlawanan tersebut. Jika gagal berbuat demikian, pasukan tersebut TIDAK DIBENARKAN bertanding dan penyertaannya DIBATALKAN.


9.         MENARIK DIRI ( WALKOVER )

9.1              Setiap pasukan dan regu mestilah berada di gelanggang perlawanan 30 minit sebelum pertandingan dijalankan. Jika mana-mana pasukan tidak melaporkan diri 15 minit selepas waktu yang dijadualkan tanpa sebarang sebab yang munasabah maka pasukan tersebut dianggap menarik diri.

9.2              Jika sesebuah pasukan atau regu terpaksa menarik diri dengan alasan yang kukuh dan tertentu maka ia hendaklah memberitahu Jawatankuasa Pengelola 24 jam sebelum bermulanya pertandingan.

9.3              Menarik diri atau memberi kemenangan percuma bagi mana-mana pasukan yang mengambil bahagian, pasukan itu hendaklah dihukum sebagai menarik diri keseluruhan perlawanan dan semua perlawanan yang terdahulu tidak akan diambil kira bagi pasukan yang menarik diri ataupun pasukan lawannya.

9.4              Semua sekolah dan zon yang menarik diri hendaklah menulis surat tunjuk sebab kepada Yang Dipertua / Setiausaha Agung MSSPP dengan kadar segera.

9.5              Penangguhan bagi sesuatu perlawanan TIDAK AKAN DILAYAN


10.       PAKAIAN PEMAIN

10.1          Semua pemain hendaklah memakai jersi yang sama. Seluar yang bergambar berwarna-warni tidak dibenarkan bermain. Seluar ' Track Bottom ' dibenarkan dengan syarat tidak disinting atau dilipat. Para pemain digalakkan memakai ' tight ' melebihi paras lutut.

10.2          Jersi hendaklah bernombor tanpa gambar yang berwarna-warni. Nombor yang DIBENARKAN ialah 1 hingga 36 sahaja.

10.3          Para pemain hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar semasa perlawanan sedang berlangsung.

10.4          Setiap ketua regu hendaklah memakai ' arm band ' dilengan.


11.       HADIAH-HADIAH

11.1          Hadiah-hadiah akan disediakan oleh pihak MSSPP.
11.2          Sekolah-sekolah Pengelola dikehendaki menghubungi Unit Sukan , Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, PKSW ,Jalan Padang Victoria, 10400 P. Pinang.

11.3          Pihak sekolah hendaklah hubungi Unit Sukan seminggu sebelum pertandingan akhir.


12.       PENGADIL / HAKIM GARISAN

12.1          Seluruh pertandingan akan dilantik oleh pihak pengelola.

12.2          Semua hakim garisan atau pembantu pengadil yang akan bertugas hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.3          Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil, pembantu pengadil atau hakim garisan adalah MUKTAMAD.

  
13.       PENGGANTUNGAN

13.1          Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan oleh pengadil maka dengan SERTA-MERTA DIGANTUNG daripada bermain perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan.


14.       BANTAHAN / RAYUAN

14.1          Jawatankuasa Pengelola hendaklah membentuk satu badan Jemaah Bantahan dan Juri Rayuan ( jika berlaku bantahan ) yang mengandungi LIMA orang anggota yang terdiri daripada : -
I)         Pengerusi                    -           Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
II)       Setiausaha                  -           Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
III)      Ahli-ahli                     -           Tiga orang ahli yang tidak berpihak mana-mana
pasukan ( berkecuali ) :-
                                                          a)         Ketua Pengadil
                                                          b)         Pegawai Pembangunan Sukan PPD/JPN
                                                          c)         Penyelaras Teknik Zon

14.2          Semua bantahan atau rayuan hendaklah dibuat dan dikemukakan oleh Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Jemaah Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam ( 60 minit ) selepas perlawanan itu tamat.

14.3          Setiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 150 ( SATU RATUS LIMA PULUH RINGGIT MALAYSIA ).

14.4          Wang bantahan ini akan lupus jika bantahan ini didapati tidak wajar dan tidak berasas.

14.5          Sebarang keputusan yang diambil oleh Jemaah Juri Rayuan / Bantahan tidak boleh dibawa kemana-mana MAHKAMAH.


15.       JAWATANKUASA TATATERTIB

15.1          Jawatankuasa Pengelola Zon / Negeri adalah dikehendaki membentuk satu Jawatankuasa Tatatertib bagi sesuatu pertandingan.

15.2          Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang seberapa segera yang boleh setelah menerima laporan daripada pengadil atau pegawai pertandingan untuk disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan dari para 13.1 di atas.


16.       JEMAAH JURI RAYUAN

16.1          Jemaah Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan / rayuan yang telah dibuat oleh pasukan dan akan menyampaikan keputusannya kepada Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.

17.       TIME OUT / MEMANASKAN BADAN

17.1          Setiap regu dibenarkan mengambil 'time out' sebanyak SATU ( 1 ) kali bagi setiap satu pusingan ( set ) selama SATU ( 1 ) minit pada pusingan pertama dan kedua serta pada pusingan ‘tie-break’.

17.2          Setiap regu dibenarkan melakukan aktiviti memanaskan badan selama DUA ( 2 ) minit sebelum pengadil memulakan pertandingan.

18.       SISTEM KIRAAN 15 MATA

18.1          Pertandingan akan menggunakan sistem kiraan 15 mata. Mana-mana regu yang mendahului dengan kelebihan 2 mata dan mencapai angka 15 akan dikira menang. Sekiranya kedudukan menjadi ‘tie’( 14 – 14 ), maka tambahan 3 mata akan diberi. Mana-mana regu yang mendahului dengan kelebihan 2 mata akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya berlaku keadaan ‘tie’( 16 – 16 ) tidak ada sebarang tambahan mata. Pasukan yang mendapat mata ke 17 akan dikira sebagai pemenang.

CATATAN : Sistem kiraan mata ditentukan semasa mesyuarat pengurus pasukan bersama sekolah pengelola, Penyelaras Zon dan PPD. Sistem kiraan mata ini bergantung kepada peruntukkan yang akan diperuntukkan oleh PPD kepada sekolah pengelola.

19.       HAK JAWATANKUASA PENGELOLA / AM

19.1          Semua peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang keputusan yang diambil tidak boleh dibawa ke mana-mana MAHKAMAH.


KELEMBUTAN, KETEPATAN DAN KETANGKASAN
MENJAMIN KEUNGGULAN

SELAMAT MENGELOLA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG 2019


DISEDIAKAN OLEH :

Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan
Sepak Takraw

' MENJANA KECEMERLANGAN ATLET '

PULAU PINANG JUARA GRAND PRIX SEPAK TAKRAW KPM KALI PERTAMA

PULAU PINANG JUARA GRAND PRIX SEPAK TAKRAW KPM KALI PERTAMA

JUARA LIGA GP KPM 2011

JUARA LIGA GP KPM 2011

PIALA KEJUARAAN

PIALA KEJUARAAN

TERIMA KASIH

Terima kasih kerana sudi melayari blog sepaktakraw MSSPP