KEPUTUSAN SEPAKTAKRAW MSSPP 2013

PULAU PINANG JUARA GRAND PRIX SEPAK TAKRAW KPM KALI PERTAMA

PULAU PINANG JUARA GRAND PRIX SEPAK TAKRAW KPM KALI PERTAMA

JUARA LIGA GP KPM 2011

JUARA LIGA GP KPM 2011

PIALA KEJUARAAN

PIALA KEJUARAAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW 2012

A) SPORTEXCELL

Sirkit 1 – 24-26 Feb 2012
Sirkit 2 – 20-24 Mac 2012
Sirkit 3 – 30 Mac – 1 April 2012

Tempat :
Semua Sirkit dijalankan di Negeri Pulau Pinang
Perubahan tarikh akan dimaklumkan Bahagian Sukan, KPM

B) GRAND PRIX KPM

GP 1 – 25 hingga 27 Mei 2012 – Negeri Kedah
GP 2 – 22 hingga 24 Jun 2012 – Negeri Terengganu
GP 3 – 13 hingga 15 Julai 2012 – Negeri Perlis
GP 4 – 7 hingga 9 Sept 2012 – Negeri Kelantan
GP 5 – 19 hingga 21 Okt 2012 – Negeri Perak

C) MSSM

Tarikh : 17 hingga 21 April 2012
Tempat : Negeri Melaka

D) ASG

Tarikh : 1 hingga 8 Julai 2012
Tempat : Jakarta, Indonesia

E) SUKMA

Tarikh : 5 hingga 14 Julai 2012
Tempat : Pahang Darul Makmur

SEPAKTAKRAW KEMBALI KEPADA SISTEM 15 MATA

Kiraan 21 mata dikembalikan kepada 15 mata, servis tiga kali berturut-turut walaupun tanpa mata dan tiga set mampu diheret menjadi lima set ialah antara ciri-ciri wajah baru permainan sepak takraw di seluruh dunia dalam tempoh 60 hari akan datang.
Malah garisan tengah di bawah jaring juga bakal bebas dipijak pemain ketika permainan sekali gus tidak lagi membatalkan mereka, menurut pindaan undang-undang permainan terbaru yang diluluskan Kongres Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Bangkok, Isnin lalu.
Timbalan Presiden I Istaf yang menghadiri mesyuarat Kongres itu, Datuk Ahmad Ismail berkata, sesebuah regu masih boleh diisytiharkan sebagai pemenang, sekiranya terlebih dulu memenangi tiga daripada lima set perlawanan yang ditetapkan.
“Sepak takraw akan kembali menggunakan kiraan 15 mata tetapi mata masih boleh dikutip mana-mana regu walaupun tanpa servis. Jika terikat 14-14 dalam sesebuah set, pemenangnya akan ditentukan dengan perbezaan dua mata selepas itu dan mata maksimum ialah 17.
“Bagi servis pula, tekong regu yang memulakan permainan akan melakukannya sebanyak tiga kali berturut-turut walaupun mereka tidak mendapat sebarang mata dan akan bergilir-gilir dengan regu lawan selepas itu,” katanya yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
Katanya kepada Utusan Malaysia, mana-mana pemain hanya dikira batal sekiranya terpijak garisan gelanggang bawah jaring ketika bola dilambung oleh apit kanan atau kiri kepada tekong yang mahu membuat servis.
Peraturan baru Istaf ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh 60 hari mulai Isnin lalu, dengan Kejohanan Dunia Pertama Istaf di Kuala Lumpur dari 20 hingga 24 Julai ini dijangka menjadi pertandingan antarabangsa pertama yang menyaksikan perubahan besar itu.
Selain itu, pindaan undang-undang sepak takraw turut melibatkan penggunaan dua pemain gantian bagi acara antara regu berbanding hanya seorang sekarang malah mereka yang sudah dikeluarkan, masih boleh masuk kembali bermain.
“Bagaimanapun dalam acara berpasukan, hanya seorang pemain bagi setiap regu yang boleh digantikan dan untuk tidak membebankan mana-mana negara, hanya 12 pemain yang boleh didaftarkan, bukan lagi 15 seperti sekarang,” katanya.
Mengenai Kejohanan Dunia Istaf, Ahmad berkata, beliau berhasrat melangsungkannya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan majlis pelancaran awal dirancang diadakan di sebuah hotel juga di ibu kota pada 11 Februari ini.

PENYELARAS ZON-ZON MSSPP SEPAK TAKRAW 2012

1. ZON KEPALA BATAS : EN AZIZI BIN BAKAR
2. ZON BUTTERWORTH : EN NISARAHMAD BIN MOHAMAD
3. ZON PERMATANG PAUH : EN RIZALME BIN AK SANI
4. ZON BUKIT MERTAJAM : EN. ZAMLI BIN MOHAMAD
5. ZON NIBONG TEBAL : EN. AHMAD JAMIL BIN OTHMAN
6. ZON BALIK PULAU : EN MOHD FADHIL BIN MD PIAH
7. ZON KELAWAI : EN MOHD AKMAL BIN AHMAD
8. ZON AIR ITAM : EN REDZWAN BIN AHMAD
9. ZON JELUTONG : EN NOOR HADI BIN JELANI
10. SEKOLAH SUKAN NEGERI ( SMK MUTIARA IMPIAN )
- TN SYED ROSLAN BIN SYED KHALID
- EN. BAHARUDDIN BIN A RAHIM
- EN. AHMAD RAHIMI BIN AZIZAN

PENAFIAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kepada sesiapa yang terkena atas dahi atau pun sipi-sipi tu... minta maaf la banyak-banyak. Blog ini hanya lah untuk tatapan Majlis Teknikal Sepak Takraw MSSPP sahaja. Sesiapa yang terlihat dan termasuk ke blog ini... semoga seronok dengan telatah Teknikal sepak Takraw MSSPP. Kami dah macam adik-beradik... kutuk mengutuk tu mainan kami. Semua kami adalah telinga tebal.. tahan kutukan. Tok ketua kami yang paling tebal.. Kata lah apa pun ka dia.... rileks ja.. tapi tunggu la jawapannya... berasap cuping telinga...
Hi.... hiii....